Ini Tips Untuk Anda Yang Ingin Mendaki Gunung Kinabalu

Mendaki Gunung Kinabalu adalah impian semua hikers di Malaysia dan luar negara. Namun demikian, mendaki Gunung Kinabalu bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu anda hadapi semasa proses pendakian.

Cuaca sejuk hampir 0 darjah celcius antara cabaran yang menanti di puncak Gunung Kinabalu. Selain itu, kesukaran bernafas di altitud tinggi juga merupakan cabaran getir buat pendaki-pendaki Gunung Kinabalu. Pada bulan Februari 2015 saya berjaya menawan Gunung Kinabalu dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran fizikal dan mental yang perlu dihadapi. Mental kena kuat sebab kekuatan fizikal pada masa itu sudah kehabisan. Berikut merupakan tips-tips yang penting bagi anda yang pertama kali ingin mendaki Gunung Kinabalu.

  1. Sediakan diri dari segi kecergasan fizikal sebelum mendaki. Paling minimum sebulan sebelum mendaki, anda perlu berlatih berjoging atau mendaki tangga di bukit-bukit berhampiran anda.
  2. Sediakan pakaian yang sesuai untuk mendaki. Contohnya, lampu suluh kepala (headlamp), baju sejuk (wind breaker), baju hujan (poncho), sarung tangan, seluar yang sesuai untuk mendaki, dan paling penting kasut hiking. Boleh beli yang murah di kedai-kedai sukan. Jangan guna kasut jogging kerana ia sangat tidak sesuai. Juga beli beg kalis air kerana cuaca tidak menentu.
  3. Ubat-ubatan penting kerana apabila anda sampai di Laban Rata, tempat persinggahan untuk bermalam, anda akan merasa pening kepala kerana badan akan menyesuaikan diri dengan altitud tinggi. Sediakan panadol untuk dimakan. Selain itu, sediakan juga plaster kerana kaki akan melecet akibat banyak mendaki. Sediakan juga, yoko-yoko untuk melegakan sakit badan dan lenguh.
  4. Bawa coklat untuk energy booster. Selain itu, minuman seperti 100 plus juga digalakkan untuk mengelakkan otot kejang semasa proses pendakian. Saya pernah kejang semasa 1km terakhir sebelum sampai ke Laban Rata. Siksanya ya ampun, tak boleh bawa bincang.
  5. Tandas disediakan di setiap 1km pendakian. Jadi jangan risau kalau nak melepas. Sumber air juga disediakan di setiap tandas dan perhentian.
  6. Line telefon sentiasa ada sampailah ke puncak Gunung Kinabalu.
  7. Dari Timpohon Gate ke Laban Rata biasanya mengambil masa dalam 6 jam lebih kurang. Tidak perlu tergesa-gea untuk sampai. Ikutlah stamina anda. Guide atau malim gunung takkan meninggalkan anda keseorangan.
  8. Sampai di Laban Rata, anda boleh masuk ke restoren dan makan makanan yang disediakan secara buffet. Masa ini saya tak ada selera nak makan walaupun makanan sedap-sedap sebab sangat letih. Selepas makan, kita akan masuk ke bilik penginapan masing-masing yang telah disediakan.
  9. Jam 2 atau 3 pagi, pendakian akan bermula untuk menawan puncak Kinabalu. Sebelum mendaki, anda harus makan kerana anda perlukan tenaga untuk sampai ke puncak Gunung.
  10. Waktu inilah headlamp sangat berguna kerana laluan sangat gelap dan licin. Suhu tak payah cakap memang sejuk. Sepanjang pendakian dari Laban Rata ke puncak, tali disediakan di laluan yang agak merbahaya dan curam. Jadi hati-hati yer.
  11. Waktu ini juga kekuatan mental sangat-sangat diperlukan. Set kan minda anda, “saya mesti sampai ke puncak”! Mental anda tidak kuat, maka anda tidak akan berjaya sampai ke puncak.
  12. Sebolehnya sampai di puncak sebelum matahari terbit. Anda boleh menyaksikan pemandangan matahari terbit yang sangat indah tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Ini ada beberapa tips bonus :

#Pastikan anda mengikut arahan malim gunung sepenuhnya. Ini untuk keselamatan anda sepanjang pendakian.

#Tidak boleh memetik daun dan bunga-bunga sepanjang laluan pendakian.

#Dilarang bercakap besar ketika mendaki dan jaga tutur kata. Elakkan daripada mencarut.

#Berdoa sebelum mendaki.

So, apa lagi. Rancanglah pendakian anda bersama rakan-rakan dan keluarga. Pengalaman berharga begini hanya akan datang sekali seumur hidup. Anda akan diberikan sijil berwarna andai anda berjaya menawan puncak Kinabalu. Manakala, sijil black and white jika anda tidak berjaya sampai ke puncak. Pilihan di tangan anda.

Photo :Mysnadi Mudin
Photo :Izwan Shah
ST John Peak yang menyerupai muka manusia
Photo : Justin Paul Tamin
Photo : Awangku Johan Pengiran Abul

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started