Siapa dah pergi ke Telok Melano? Yang belum pergi bolehlah rancang percutian anda di Telok Melano bersama keluarga. Ada apa di Telok Melano? Apa yang menarik di Telok Melano? Bagaimana nak sampai ke Telok Melano? Jom kita baca artikel ini.
Telok Melano hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di titik paling selatan negeri Sarawak. Dahulu perkampungan ini hanya dapat dihubungi menggunakan laluan laut iaitu bot. Namun, semenjak laluan pan borneo dibuka kepada orang ramai pada tahun Januari 2019, ramai pengunjung dari serata negeri Sarawak bahkan dari negara jiran telah membanjiri Telok Melano.
Telok Melano menawarkan pantai yang bersih serta laut kebiruan cina selatan. Bagi yang ingin bercuti dan menjauhi kesibukan bandar Kuching, bolehlah berkunjung ke Telok Melano. Memang benar-benar asyik ditiup bayu di tepian pantai yang pasirnya memutih. Jika anda dari bandaraya Kuching, perjalanan ke Telok Melano hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Jadi tidak juga jauh kan untuk bersantai di pantai Telok Melano.
Apa yang menarik juga di Telok Melano, simbol “0 km” yang menandakan bermulanya lebuhraya pan borneo dari titik paling selatan negeri Sarawak. Pan borneo ini merupakan projek lebuhraya yang merangkumi 1000 km dari Sematan ke bahagian Miri. Di Telok Melano juga anda boleh membuat pelbagai aktiviti antaranya memancing, bermandi-manda di sungai atau anda boleh menunggang ATV di sepanjang pantai Telok Melano. Harga menyewa ATV pun sangat berpatutan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.
Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan yang ditawarkan oleh Telok Melano.


