Tips Untuk Anda Yang Pertama Kali Melancong Ke Luar Negara

Korea Selatan, Jepun, England, Turki, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Anda nak ke mana? Jika anda merancang untuk bercuti di luar negara, tetapi anda tidak pernah ke luar negara, artikel ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan anda.

Pengalaman penulis di Seoul

Berikut adalah tips-tips yang sangat membantu anda

  1. Kaji dahulu tempat-tempat yang ingin anda lawati. Banyak blog-blog ataupun video di youtube yang dapat anda jadikan sebagai rujukan. Printkan di kertas atau save di handphone perancangan tempat-tempat yang ingin dilawati.
  2. Tempah tiket penerbangan anda seawal 6 bulan atau lebih awal lagi. Namun begitu, kadang-kadang terdapat juga promosi last minute daripada air.asia.com . Tetapi paling selamat, anda tempahlah tiket awal ya. Anda boleh menggunakan laman web www.skyscanner.com.my untuk carian tiket kapal terbang yang termurah.
  3. Tempah penginapan 6 bulan lebih awal. Ini penting untuk mengelakkan anda tiada tempat tinggal di waktu puncak. Zaman teknologi sekarang anda boleh menggunakan pelbagai laman web dan apps untuk menempah penginapan. Antaranya adalah www.agoda.com, airbnb, booking.com dan banyak lagi.
  4. Sebelum menempah tiket penerbangan, anda dikehendaki untuk melihat tarikh cuti awam, cuti perayaan atau cuti kemerdekaan di negara yang ingin anda pergi. Negara seperti Korea akan menutup kebanyakan kedai dan taman tema pada perayaan tahun baru cina. Rugi tahu kalau semua kedai tutup. Tak dapat nak shopping.
  5. Cetak E-tiket penerbangan anda jika membeli online dan dan savekan juga di dalam phone anda.
  6. Sediakan itinerari sebelum ke luar negara. Ini dapat melancarkan perjalanan kerana kita tahu destinasi yang hendak dituju. Bagi anda yang travel menggunakan agent, anda tidak perlu risau kerana agent anda akan mengatur segalanya di luar negara. Pastikan travel agent anda sangat-sangat dipercayai kerana zaman sekarang banyak scammer.
  7. Perbaharui passport anda di pejabat imigresen sekiranya tempoh sah passport akan tamat dalam tempoh 6 bulan.
  8. Aktifkan kad debit dengan bank anda sebelum bercuti. Kita hanya perlu call bank untuk menyatakan tarikh kita pergi dan balik. Pihak bank akan aktifkan kad debit kita berdasarkan tarikh yang kita beri.
  9. Ambil nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang kita ingin pergi. Ini untuk memudahkan urusan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di luar negara.
  10. Jangan lupa beli Universal Plug. Ini kerana lain negara, lain soket suis nya. Boleh beli di kedai-kedai travel atau di airport.
  11. Jika anda membawa ubat-ubatan, jangan lupa minta surat daripada doktor anda. Ini untuk memudahkan anda berurusan dengan pihak imigresen andai kata anda ditanya mengenai ubat anda.
  12. Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam awal. Ini bagi memudahkan urusan daftar masuk ke balai pelepas. Andai kata anda lambat, anda mungkin terlepas penerbangan anda. Ini akan merugikan anda.
  13. Gunakan simkad di negara yang kita lawati kerana ya jauh lebih murah dari roaming. Boleh beli simkad selepas kita mendarat di lapangan terbang. Banyak kaunter dan kiosk telekomunikasi di dalam airport.
  14. Beli travel insurans. Boleh beli di bank-bank yang menyediakan travel insurans. Ini penting untuk melindungi anda ketika melancong ke luar negara.
  15. Jadilah pelancong yang mengembara. Kenali negara luar dengan niat ingin mempelajari budaya sesuatu masyarakat. Belajar sesuatu yang baik daripada negara luar, ini untuk membolehkan kita menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Seoul
Di Krabi, Thailand
Basikal untuk disewa. New Taipei City, Taiwan
Chiang Kai Shek Memorial Hall, Taiwan

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started