
Semenjak kebelakangan ini, selalu kita dengar pelancong Malaysia dihantar pulang semula ke Malaysia kerana gagal melepasi imigresen Korea di Incheon airport. Mesti sedih dan kecewa apabila cuti yang dirancang sekian lama tidak menjadi kenyataan. Korea Selatan memantau rapi pelancong dari Malaysia dan Indonesia kerana kebanyakan kes melibatkan kerja secara haram dan menetap melebihi tempoh yang ditetapkan di Korea Selatan.
Kerana mereka inilah, pelancong yang betul-betul ingin melancong ke Korea menjadi mangsa penghantaran semula ke negara asal. Kesian kan. Berikut merupakan tips penting untuk anda yang pertama kali hendak menjejakkan kaki ke Korea Selatan dan nak jumpa Lisa Blackpink.
- Sediakan tiket penerbangan pergi dan balik. Print tiket pergi dan balik anda. Apabila disoal oleh imigresen, anda boleh menunjukkan tiket pergi dan balik anda. Ini kerana, apabila anda gagal mengemukakan tiket penerbangan balik, anda akan ditahan oleh imigresen Korea Selatan dan dikuarantin di bilik khas sebelum dihantar balik.
- Sediakan salinan penempahan atau booking hotel, dan penginapan anda sepanjang di Korea. Pastikan anda tahu contact number bagi hotel atau host airbnb anda. Ini memudahkan imigresen untuk menghubungi pihak hotel atau host airbnb anda.
- Sediakan itinerari perjalanan anda. Pelancong Malaysia pernah ditanya mengenai itinerari oleh imigresen Korea. Oleh itu, print itinerari anda sepanjang anda berada di Korea.
- Pastikan anda mengisi arrival card anda dengan betul dan tepat. Jika gagal berbuat demikian, anda akan confirm dihantar balik semula. Sedih. Arrival card akan diberi sebelum mendarat di airport. Jadi, kalau salah tulis, jangan segan minta semula arrival card daripada pramugari.
- Pastikan wang tunai anda mencukupi untuk melancong ke Korea Selatan. Sediakan bukti kewangan anda sama ada melalui akses perbankan online. Sediakan Korean Won yang mencukupi sebelum berlepas ke Korea Selatan.
- Jaga penampilan anda. Penampilan anda mestilah menunjukkan anda seorang pelancong. Tidak salah anda bergaya sebab anda memang pergi untuk melancong. Berpakaian kemas dan cantik dan peratusan anda untuk tidak disoal sangat tinggi. Berfesyen la seperti G-Dragon atau Jennie.
- Ketika berbaris untuk cop passport di imigresen, pastikan anda mengikut semua arahan yang ditetapkan. Buka topi atau cap, jangan menggunakan cermin mata gelap dan jangan berbuat bising. Lupa, jangan ambil gambar ketika berada di kaunter imigresen. Dilarang sama sekali ya.
- Jika anda ada masalah cap jari, atau kulit jari anda sensitif sehingga sukar untuk di scan, anda disarankan membuat surat untuk kerosakan cap jari. Pergi ke JPN sebelum ke Korea. JPN akan buat surat untuk anda.
- Yakin! Ini penting kalau anda disoal oleh pihak imigresen, anda kena jawab dengan yakin dan tenang. Walaupun dalam hati berdebar-debar, kena pandai control perasaan gementar tu. Be confident!
- Doa! Ini yang paling penting. Berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan semua urusan ketika di imigresen dan melancong.
Penulis pergi ke Korea pada bulan Disember 2019. Flight dari Kota Kinabalu ke Incheon. Semuanya berjalan dengan lancar. Imigresen memang tak soal langsung. Tapi penulis sentiasa berpegang kepada tips-tips di atas. Jangan lupa share ya!
