Bukit Botak a.k.a Bukit Gundul

Bukit Botak ataupun Bukit Gundul bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk di sekitar Sepanggar. Nama Bukit Botak diambil daripada permukaan bukit tersebut yang kelihatan seperti botak dan hanya tumbuhan seperti rumput dan lalang sahaja yang terdapat di puncak bukit ini. Pokok-pokok ada, tapi tidak banyak apabila kita semakin menuju ke puncak bukit.

Antara papan tanda yang menyambut kedatangan anda ke Bukit Botak

Jika anda gemarkan aktiviti hiking, maka Bukit Botak sangat sesuai untuk anda. Pendakian naik dan turun mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ramai pendaki berkunjung pada waktu petang kerana view daripada puncak Bukit Botak sangat cantik terutamanya ketika matahari terbenam.

Antara tips untuk mendaki Bukit Botak ini adalah, sediakan kasut mendaki yang sesuai kerana ada sesetengah pendakian akan menjadi licin dan curam. Gunakan seluar sukan dan baju sukan. Jangan lupa bawa air. Kalau anda terlupa, jangan risau kerana di puncak bukit, ada pak cik menjual air seperti 100 plus dan air mineral.

Antara view yang cantik untuk diupload di instagram anda
Puncak Bukit Botak. Boleh lompat-lompat jangan bergolek ke bawah sudah.

So apa lagi ditunggu, petang ni bolehlah rancang pendakian anda ke Bukit Botak. Seriously, sangat cantik. Bonus, jika anda bertuah anda akan dapat lihat Gunung Kinabalu dari puncak Bukit Botak.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started