Bagi pencinta kucing di luar sana, jika anda berkunjung ke Sabah jangan lupa singgah ke Mesilou Cat’s Village yang terletak di Kampung Mesilou, Kundasang. Alang-alang dah pergi Kundasang kan, terus singgahlah ke Mesilou Cat’s Village ni.

Bagaimana hendak ke Mesilou Cat’s Village ni? Dari simpang Desa Cattle Dairy Farm, anda perlu memandu terus sampailah ternampak signboard Mesilou Cat’s Village di sebelah kiri jalan. Nak masuk ke dalam simpang lebih kurang 500 meter. Anda kena berhati-hati semasa masuk simpang ya kerana jalan agak kecil dan berbatu. Tiket masuk ke Mesilou Cat’s Village ini hanya rm5 sahaja.

Di dalam ini, dianggarkan lebih kurang 100 ekor kucing yang dipelihara. Semuanya comel dan gemuk-gemuk belaka. Ada yang melepak di batuan, ada yang tidur dan tidak kurang juga yang bermain. Pencinta kucing, anda memang akan berasa sangat puas jika melawat Mesilou Cat’s Village ini.




So apa ditunggu lagi, perkampungan kucing ini adalah satu kemestian jika anda pencinta kucing. Dah alang-alang ke Kundasang, singgahlah ke Mesilou Cat’s Village. Anda akan terhibur dengan pelbagai telata kucing di sini.