Tips dan Persediaan Bercuti di Korea Pada Musim Sejuk

Rakyat Malaysia antara yang teramai melancong ke Korea. Penangan K drama dan Kpop memang memberi impak dan dorongan untuk rakyat Malaysia melancong ke Korea. Rakyat Malaysia ramai yang melancong ke Korea pada musim sejuk dengan harapan akan melihat sendiri snowfall dan merasa sendiri musim sejuk di Korea. Tidak kurang juga yang nak jumpa Jenny Blackpink.

Gyeongbokgung Palace

Musim sejuk di Korea akan bermula pada bulan November dan akan berakhir pada bulan Mac. Di Korea, musim sejuk mempunyai siang yang pendek dan malam yang panjang. Musim sejuk di Korea boleh mencecah sehingga -20 darjah celcius. Orang Korea sendiri mengatakan mereka tidak suka pada musim sejuk. Jadi ini tips untuk anda yang ingin melancong ke Korea pada musim sejuk.

  1. Sudah semestinya pakaian winter. Jaket winter boleh didapati di Uniqlo berhampiran anda atau boleh tempah di website Uniqlo www.uniqlo.com/my . Selain itu, anda boleh mendapatkan jaket winter di bundle-bundle di tempat anda. Di Korea, ramai yang memakai jaket winter jenis “long padding jaket”. Jaket ini lebih panjang daripada jaket winter yang biasa. Panjang jaket ini sampai ke lutut anda. Jadi bagi anda yang tidak tahan sejuk, jaket ini sangat sesuai dengan anda.
  2. Baju Heattech Extra Warm. Baju ini boleh dibeli di Uniqlo. Baju ini sangat selesa dan sangat membantu melawan kesejukan. Lazimnya pakaian akan dipakai sebanyak 4 hingga 5 lapisan apabila musim sejuk. Bergantung pada tahap ketahanan anda.
  3. Sarung tangan. Ini penting bagi memastikan tangan kita sentiasa panas. Jika terlampau terdedah kepada cuaca sejuk, tangan kita akan menjadi kebas. Boleh beli di shopee. Tekan je link sebelah ni. https://shopee.com.my/.
  4. Stokin. Penting untuk melindungi kaki daripada kebas. Boleh sediakan dalam 5 hingga 6 pasang stokin kerana musim sejuk stokin akan cepat basah dan berbau. Takkan nak oppa hidu bau stokin kita kan.
  5. Muffler. Ini untuk melindungi hidung, muka dan leher daripada serangan cuaca sejuk.
  6. Penutup muka. Kalau tidak ada muffler, boleh gunakan penutup muka untuk melindungi hidung dan muka terkena angin sejuk. Ini penting tahu untuk keselesaan bernafas di cuaca sejuk.
  7. Lip Balm. Tahu tak kenapa bibir lelaki Korea merah-merah? Kerana mereka menggunakan lip balm untuk mengatasi bibir kering dan merekah. Bukan suka-suka pakai sebab nak melaram. Jadi sediakan lip balm untuk mulut anda.
  8. Hot pack. Sangat membantu untuk memanaskan tangan. Boleh didapati di kedai-kedai 24 jam di Korea. Kadang-kadang anda akan dapati orang Korea memberi hot pack secara percuma di tepi-tepi jalan. Letak dalam poket dan ia akan memanaskan tangan anda.
  9. Snowcap atau beanies. Boleh beli di Malaysia. Penting untuk melindungi kepala anda daripada kesejukan.
  10. Winter Boot. Apabila salji turun, permukaan jalan akan licin. Jadi penting bagi anda membeli winter boot. Dengan cengkaman yang kuat, anda tidak akan merasa licin jika berjalan dalam keadaan jalan yang dipenuhi salji.
  11. Penutup telinga. Untuk melindungi telinga daripada menjadi terlalu sejuk.
Contoh pemakaian semasa winter di Korea. Ni di Nami Island.
Dia punya sejuk memang tak boleh bawa bincang langsung. Air pun membeku.
Melompat untuk menghilangkan kesejukan

Apapun pemilihan pakaian adalah bergantung pada diri kita sendiri. Bagaimana tahap ketahanan badan kita dalam menghadapi cuaca sejuk. Jangan salah pilih pakaian ya, nanti diri sendiri merana akibat kesejukan yang tidak dapat ditahan. Diharap pengalaman penulis dapat menjadi panduan bagi anda yang ingin melancong ke Korea musim sejuk nanti. Belanja lagi satu gambar di bawah.

Menggunakan Hanbok pada musim sejuk memang mencabar

Jangan lupa untuk menempah penginapan anda lebih awal. Ini kerana pelancong sangat ramai ke Korea pada musim sejuk. Maklumlah nak main snow kan. Boleh tempah penginapan anda di laman-laman web hotel dan homestay. Antaranya agoda.com dan airbnb.com . Enjoy!

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started