Tip Of Borneo Tanjung Simpang Mengayau

Percutian anda ke negeri Sabah tidak akan lengkap seandainya anda tidak mengunjungi “landmark” kepulauan Borneo ini iaitu Tanjung Simpang Mengayau yang terletak di Kudat. Perjalanan menggunakan kereta mengambil masa 3 jam daripada Kota Kinabalu. Nama The Tip Of Borneo diberikan kerana lokasi ini merupakan titik paling utara kepulauan Borneo. Tanjung Simpang Mengayau juga merupakan titik pertemuan Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Menarik bukan?

Tidak rugi jika anda menjejakkan kaki ke sini kerana Tanjung Simpang Mengayau menawarkan anda pemandangan yang sangat cantik. Dengan pasir putih dan laut kebiruan, amat sesuai untuk anda yang mengidamkan percutian yang jauh dari kesibukan kota.

Pemandangan pantai yang sangat cantik. Sesuai untuk modal instagram anda

Jika anda sampai ke sini, jangan terburu-buru hendak balik kerana pemandangan sunset disini sangat menakjubkan. Jika anda merancang untuk bermalam pun tiada masalah kerana ada banyak homestay yang disediakan berhampiran Tanjung Simpang Mengayau. Bolehlah barbeque tepi pantai malam-malam kan dengan ditemani bunyi ombak laut dan tiupan angin bayu.

Antara signboard yang terdapat di Tip Of Borneo. Destinasi seterusnya kemana?
Di sebelah kiri Laut Cina Selatan, sebelah kanan pula Laut Sulu

Jadi jika anda melancong ke Sabah, jangan lupa masukkan The Tip Of Borneo ke dalam list wajib pergi anda ya. Sangat berbaloi dengan pemandangan yang sangat menakjubkan.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started