Percutian Ke Krabi 4 Hari 3 Malam Bawah RM600

Phra Nang Beach

Sememangnya Thailand, menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk bercuti dan menenangkan minda kerana terdapat banyak pulau-pulau yang cantik terutamanya di Krabi. Tambahan pula, Thailand menawarkan percutian yang sangat murah dan berbaloi. Mei tahun lepas,penulis dan isteri berkesempatan melancong ke Krabi.

Hari pertama- Seawal 4.00 pagi, penulis berangkat ke airport Miri sebab penerbangan ke KL menggunakan MAS Airlines dijadualkan pada pukul 6.00 pagi. Kira-kira 2 jam lebih penerbangan, maka sampailah di KLIA. Ambik grab dan terus menuju ke KLIA 2. Di KLIA 2, penerbangan Air Asia ke Krabi dijadualkan pada pukul 1.20 petang. Penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit.

Sampai sahaja di airport Krabi, terus beli simkad. Di dalam airport Krabi, banyak kiosk yang menjual simkad. Penulis beli simkad AIS sebab agak popular dalam kalangan pelancong. Selepas urusan pembelian simkad selesai, boleh terus ke kaunter bas. Beli tiket bas atau van. Bagitahu alamat hotel dan penginapan kat depa, depa hantaq depan pintu hotel. Kenapa tiba-tiba boleh berloghat utara ni.

Penulis menempah penginapan di hotel Harvest House. Ini tips buat anda yang ingin menempah hotel. Jangan tempah di area Krabi Town. Tapi tempahlah di area Ao Nang. Jika anda menempah hotel di Krabi Town, ia sebenar agak jauh dari pusat pelancongan di Ao Nang. Ingat tu ya.

Hotel Harvest House ni bagus lokasinya. Berhadapan dengan Bangboo Restaurant Halal. Jadi senang dapatkan makanan halal. Berjalan kaki antara 15 minit, anda akan sampai di Ao Nang Beach. Banyak mat salleh berkeliaran ya, boleh la ajak bergambar. Harga hotel untuk 4 hari 3 malam sangat murah iaitu RM230 sahaja. Berbaloi bukan. Penulis tempah di laman web Agoda.

Di sekitar hotel terdapat pelbagai jenis restoren. Banyak juga kedai 24jam seperti 7E dan Family Mart. Oh ya, jangan lupa adjust jam anda sebab waktu di Thailand lambat satu jam daripada Malaysia. Banyak juga kaunter-kaunter pelancongan di tepi jalan sepanjang di Ao Nang. Turun saja dari hotel, memang bersepah pakej-pakej pelancongan ke pulau-pulau popular di Krabi.

Kebanyakan pengusaha pelancongan di sini pandai berbahasa Melayu. Jadi jangan risau tentang bahasa perantara di sini. Lepas jalan-jalan petang tu, maka penulis menempah pakej ke 7 pulau untuk keesokan hari.

Hari kedua- Persiapan ke pulau. Anda perlulah menyediakan lotion badan, cermin mata hitam, waterproof bag dan topi. Tunggu di lobi hotel, kemudian pengusaha pelancongan yang ditempah akan mengambil kita menggunakan tuk-tuk. Sampai ke jeti, diberi taklimat keselamatan oleh tourist guide yang akan membawa kita ke pulau-pulau popular di Krabi.

Sepanjang hari tersebut, penulis dan isteri menghabiskan masa menjelajah pulau-pulau yang ditawarkan di dalam pakej. Penulis memilih pakej 7 pulau. Bermula bergerak pada pukul 2 petang, bot membawa kami ke pulau yang ditawarkan. Antaranya Chicken Island, Poda Island, Phra Nang Island, Railay Beach dan banyak lagi. Kalau anda kaki instagram, maka anda akan mendapat gambar yang sangat-sangat berbaloi kerana pemandangan di setiap pulau sangat cntik. Ada beberapa buah pulau, bot akan singgah dan anda dibenarkan snorkeling. Memang sangat cantik.

Hari semakin gelap, dapatlah penulis makan malam di pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Aktiviti terakhir sebelum pulang ke jeti adalah berenang di dalam air laut yang gelap gelita ditemani planton yang bercahaya. Memang sangat menarik.

Banyak pakej island hoping ditawarkan, Phi Phi Island juga sangat menarik untuk dikunjungi. Bergantung kepada pilihan anda.

Hari ketiga- Hari ini lebih kepada aktiviti santai. Penulis menyewa motosikal di Ao Nang dan menjelajah Ao Nang menggunakan motorsikal adalah satu pengalaman yang menarik. Harga sewa motosikal adalah 250 Baht, dalam RM 34. Jalan di sekitar Ao Nang memang agak sibuk kerana ramai pelancong menggunakan motosikal. Jadi berhati-hati menggunakan motosikal di Ao Nang. Jangan merempit ya.

Selesai berjalan-jalan menggunakan motosikal dan membeli beberapa souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia, penulis mengembalikan semula motosikal ke kedai sewa. Tak sampai sehari pun pakai. Tapi memang berbaloi dan pengalaman yang menarik. Jangan lupa makan pancake banana di Ao Nang. Memang sedap tak boleh bawa bincang.

Hari keempat- Flight balik ke KL dalam pukul 8.00 pagi. Jadi kena ada di airport Krabi sebelum pukul 6.00 pagi. Bagitahu siap-siap kat hotel yang kita akan check out awal. Pihak hotel biasanya akan menyediakan perkhidmatan van untuk menghantar ke airport. Jadi anda tak perlu susah-susah mencari transport.

Setelah 4 hari 3 malam berkelana di bumi Thailand, maka banyak pengalaman turut diraih. Next time boleh repeat lagi. Di bawah penulis sertakan kos keseluruhan tidak termasuk flight ticket ke Krabi.

Simkad- RM20

Hotel- RM 230 4 hari 3 malam

Pakej Pulau- RM 132

Sewa Skuter (Optional)-RM 34

Transportation Airport- RM60 return

Total : RM 456.00

Thai Banana Pancake
Phra Nang Beach
Railay Beach
Bye Krabi see you next time
Belanja satu lagi gambar

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started