
Mesti korang dah tengok sampai habis episod kdrama Crash Landing On You kan. Sungguh hebat penangan drama Korea ini sehinggakan menjadi trending seluruh dunia. Gandingan mantap Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama ini sangat-sangat menjadi, tambahan pula dengan sountrack lagu untuk drama ini yang sangat baik.
Mesti korang tertanya-tanya juga mengenai lokasi pengambaran drama Korea ini yang sangat cantik dan mempersonakan. Mari kita lihat satu-persatu lokasi pengambaran drama Crash Landing On You ini dan masukkan dalam bucket list anda untuk dilawat satu hari nanti.

- Switzerland
Salah satu lokasi pengambaran yang sungguh cantik ini terletak di Iseltwald Lake Brienz. Di sinilah Ri Jeong Hyuk bermain piano dengan pemandangan tasik yang sangat cantik berlatarkan gunung yang tersergam indah.
Ada sesetengah babak juga dilakonkan di Interlaken dan puncak Jungfrau, kedua-duanya tidak jauh daripada tasik Brienz. Selain itu, pengambaran juga dilakukan di Zurich dan Bern.



2. Mongolia
Dalam drama tersebut, babak dimana Ri Jeong Hyuk dan Yoon Se Ri menggunakan kereta api ke Pyongyang sebenarnya dilakonkan di Ulaanbaatar, Mongolia. Mesti anda tidak dapat lupakan babak dimana kereta api tersebut terhenti dan mereka terpaksa turun ke padang rumput untuk bermalam ditemani unggun api. Romantik bukan.


3. Hallasan National Park, Jeju, Korea Selatan
Dalam episod 1, Yoon Se Ri dibawa angin taufan yang bertiup menerbangkan dia ke hutan Korea Utara. Dalam babak dimana Ri Jeong Hyuk bertemu dengan Yoon Se Ri tersangkut di pokok sebenarnya dilakonkan di Hallasan National Park, yang terletak di Pulau Jeju. Pulau Jeju memang sangat terkenal dalam kalangan pelancong.

4. Taean, Korea Selatan.
Di lokasi inilah terletaknya rumah Captain Ri dan rumah geng-geng mak cik bawang yang berkawan baik dengan Yoon Se Ri. Mengambil perjalanan selama 3 jam dari Seoul dan dibuka pada orang awam. Apalagi, jangan lupa datang ke set pengambaran ini dan ambil gambar di depan pagar rumah captain Ri.


5. Commodore Hotel, Busan, Korea Selatan
Dalam drama Crash Landing On You, satu-satunya hotel di Pyongyang yang kita dapat lihat sebenarnya merupakan hotel yang terletak di Busan. Jadi, kalau anda pergi ke Busan, bolehlah tempah hotel ini dan bergambar sepuas-puasnya.

6. Tangeum Lake Rainbow Bridge, Chungju, Korea Selatan.
Antara support pelakon yang baik dalam kdrama ini iaitu Gu Seung Joon dan Seo Dan meninggalkan kesan dalam hati kita. Di jambatan inilah babak mereka berdua saling membuka hati antara satu sama lain. Dengan jambatan yang berlampu seperti pelangi, memang satu tempat yang sangat romantik bukan.

7. Binae Island, Chungju, Korea Selatan.
Sebenarnya Binae Island di Chungju merupakan tempat popular dalam kalangan rakyat Korea Selatan untuk berkhemah. Disinilah babak dimana piknik terakhir Yoon Se Ri di Korea Utara dalam kdrama ini. Tempat ini tersangatlah cantik dengan air dan batu-batu sungai menghiasi pemandangan.

8. Byeolmaro Observatory, Yeongwol, Korea Selatan.

Dalam episod pertama drama ini, Yoon Se Ri ingin mencuba paragliding dan lokasi untuk pengambaran ini terletak di Byeolmaro Observatory. Dengan pemandangan yang sangat cantik, memang satu kerugian kalau anda tak cuba sendiri paragliding di sini. Mana la tahu kot-kot terjumpa jodohkan.
9. Cheongsan Arboretum, Korea Selatan

Di lokasi inilah captain Ri dan Yoon Se Ri dating menggunakan basikal. Sangat cantik tempat ni gais. Dengan pokok-pokok yang tersusun menambahkan lagi suasana romantik. Kalau anda ke Korea Selatan, jangan lupa singgah di Cheongsan Arboretum. Ambil gambar puas-puas.
Itulah antara tempat dan lokasi pengambaran Crash Landing On You. So, anda nak pergi ke mana dahulu? Semua tempat-tempat pengambaran ini sangat cantik. Jangan lupa share ya.
