Tahun 2020 ini ada plan nak travel ke mana-mana? Kalau belum ada lagi, saya cadangkan anda untuk mengunjungi Sabah. Sabah menawarkan pelbagai tempat menarik untuk anda kunjungi. Ini antara 6 tempat wajib anda pergi ketika anda melancong ke Sabah.
- Kundasang
Dikenali sebagai “New Zealand” Sabah, Kundasang menawarkan anda percutian yang anda takkan dapat lupakan. Antaranya adalah pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Boleh tengok lembu “Friesien Cow” yang memang berasal dari New Zealand. Selain itu, apabila berada di Kundasang, jangan ketinggalan untuk pergi ke market Kundasang. “Banyak sayur bulih pilih-pilih” antara ungkapan lagu “Sayang Kinabalu” menggambarkan market Kundasang yang penuh dengan sayuran dan buah-buahan.
Jika anda merancang untuk bermalam di Kundasang, banyak homestay yang disediakan oleh penduduk di Kundasang. Saya sendiri kalau ke Kundasang saya akan tinggal di homestay berhampiran Kampung Mesilou. Di musim puncak, homestay akan penuh, maka anda dinasihatkan untuk menempah awal penginapan di Kundasang.
Di Kundasang juga anda boleh mengunjungi Kundasang War Memorial. Di dalam ini anda boleh melihat sendiri sejarah kependudukan Jepun ke atas negeri Sabah dan penduduk di Sandakan dan Kundasang khasnya. Jangan lupa mencuba sayap ayam panggang yang dijual di pekan Kundasang. Memang sedap tak boleh bawa bincang.


2. Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru merupakan destinasi pilihan kebanyakan pelancong kerana Tanjung Aru menawarkan anda pantai dan laut yang cantik. Hanya 15 minit sahaja daripada Kota Kinabalu. Boleh guna grab ya. Selain itu, ramai pengunjung akan ke Tanjung Aru semata-mata ingin melihat matahari terbenam. Tanjung Aru merupakan salah satu tempat terbaik untuk menyaksikan sunset. Banyak gerai-gerai makanan disediakan di sekitar pantai Tanjung Aru. Alang-alang dah sampai Tanjung Aru, singgahlah juga ke Perdana Park. Anda boleh menyaksikan persembahan water fountain.

3. Tip Of Borneo, Simpang Mengayau, Kudat.
Tip of Borneo terletak di titik paling utara negeri Sabah dan kepulauan Borneo. Hendak pergi ke sini mengambil masa 2 jam pemanduan dari Kota Kinabalu. Jika anda inginkan percutian yang jauh dari kesibukan bandar, di sinilah tempatnya. Dengan pasir pantai yang putih dan air laut yang hijau kebiruan, Tip Of Borneo adalah salah satu tempat yang anda wajib kunjungi.


4. Pantai ODEC Universiti Malaysia Sabah (UMS)
UMS merupakan antara universiti yang besar di Malaysia. Apa yang menariknya, UMS menawarkan anda pantai ODEC untuk dikunjungi. Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pantai ODEC adalah pada waktu petang. Berhampiran dengan pantai ODEC ini juga, terdapat Akuarium dan Muzium Marin UMS. Pengunjung boleh masuk dan melihat sendiri kehidupan marin di dalam muzium ini. Antara haiwan yang terdapat di muzium ini adalah, penyu, ikan kerapu, kura-kura, clown fish dan bermacam lagi.


5. North Borneo Cruises
Bagi anda yang inginkan kelainan, anda bolehlah mencuba North Borneo Cruises. Tiket boleh ditempah di website North Borneo Cruises. Anda boleh pilih sama ada ingin berlayar melihat matahari terbenam atau pun makan malam sambil menikmati pemandangan bandaraya Kota Kinabalu pada waktu malam di tengah lautan. Di dalam kapal ini, anda akan dihiburkan dengan persembahan live band sambil anda menikmati makan malam anda. Menarik bukan?


Jadi bagaimana? Anda dah beli tiket ke Sabah? Jika belum tempahlah sekarang. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi di Sabah. ini adalah antara 5 daripada kebanyakan tempat pelancongan di Sabah. Nah, saya belanja satu gambar Gunung Kinabalu.






















