Serius Cantik! Ini Lokasi Pengambaran Crash Landing On You Yang Mesti Dilawati

Mesti korang dah tengok sampai habis episod kdrama Crash Landing On You kan. Sungguh hebat penangan drama Korea ini sehinggakan menjadi trending seluruh dunia. Gandingan mantap Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama ini sangat-sangat menjadi, tambahan pula dengan sountrack lagu untuk drama ini yang sangat baik.

Mesti korang tertanya-tanya juga mengenai lokasi pengambaran drama Korea ini yang sangat cantik dan mempersonakan. Mari kita lihat satu-persatu lokasi pengambaran drama Crash Landing On You ini dan masukkan dalam bucket list anda untuk dilawat satu hari nanti.

Switzerland
  1. Switzerland

Salah satu lokasi pengambaran yang sungguh cantik ini terletak di Iseltwald Lake Brienz. Di sinilah Ri Jeong Hyuk bermain piano dengan pemandangan tasik yang sangat cantik berlatarkan gunung yang tersergam indah.

Ada sesetengah babak juga dilakonkan di Interlaken dan puncak Jungfrau, kedua-duanya tidak jauh daripada tasik Brienz. Selain itu, pengambaran juga dilakukan di Zurich dan Bern.

Lindenhof, Zurich
Tasik Lungen, Obwalden, Switzerland
Victoria Jungfrau, Switzerland

2. Mongolia

Dalam drama tersebut, babak dimana Ri Jeong Hyuk dan Yoon Se Ri menggunakan kereta api ke Pyongyang sebenarnya dilakonkan di Ulaanbaatar, Mongolia. Mesti anda tidak dapat lupakan babak dimana kereta api tersebut terhenti dan mereka terpaksa turun ke padang rumput untuk bermalam ditemani unggun api. Romantik bukan.

Padang rumput Mongolia
Ulaanbaatar, Mongolia

3. Hallasan National Park, Jeju, Korea Selatan

Dalam episod 1, Yoon Se Ri dibawa angin taufan yang bertiup menerbangkan dia ke hutan Korea Utara. Dalam babak dimana Ri Jeong Hyuk bertemu dengan Yoon Se Ri tersangkut di pokok sebenarnya dilakonkan di Hallasan National Park, yang terletak di Pulau Jeju. Pulau Jeju memang sangat terkenal dalam kalangan pelancong.

Pulau Jeju

4. Taean, Korea Selatan.

Di lokasi inilah terletaknya rumah Captain Ri dan rumah geng-geng mak cik bawang yang berkawan baik dengan Yoon Se Ri. Mengambil perjalanan selama 3 jam dari Seoul dan dibuka pada orang awam. Apalagi, jangan lupa datang ke set pengambaran ini dan ambil gambar di depan pagar rumah captain Ri.

Rumah captain Ri

5. Commodore Hotel, Busan, Korea Selatan

Dalam drama Crash Landing On You, satu-satunya hotel di Pyongyang yang kita dapat lihat sebenarnya merupakan hotel yang terletak di Busan. Jadi, kalau anda pergi ke Busan, bolehlah tempah hotel ini dan bergambar sepuas-puasnya.

6. Tangeum Lake Rainbow Bridge, Chungju, Korea Selatan.

Antara support pelakon yang baik dalam kdrama ini iaitu Gu Seung Joon dan Seo Dan meninggalkan kesan dalam hati kita. Di jambatan inilah babak mereka berdua saling membuka hati antara satu sama lain. Dengan jambatan yang berlampu seperti pelangi, memang satu tempat yang sangat romantik bukan.

7. Binae Island, Chungju, Korea Selatan.

Sebenarnya Binae Island di Chungju merupakan tempat popular dalam kalangan rakyat Korea Selatan untuk berkhemah. Disinilah babak dimana piknik terakhir Yoon Se Ri di Korea Utara dalam kdrama ini. Tempat ini tersangatlah cantik dengan air dan batu-batu sungai menghiasi pemandangan.

8. Byeolmaro Observatory, Yeongwol, Korea Selatan.

Dalam episod pertama drama ini, Yoon Se Ri ingin mencuba paragliding dan lokasi untuk pengambaran ini terletak di Byeolmaro Observatory. Dengan pemandangan yang sangat cantik, memang satu kerugian kalau anda tak cuba sendiri paragliding di sini. Mana la tahu kot-kot terjumpa jodohkan.

9. Cheongsan Arboretum, Korea Selatan

Di lokasi inilah captain Ri dan Yoon Se Ri dating menggunakan basikal. Sangat cantik tempat ni gais. Dengan pokok-pokok yang tersusun menambahkan lagi suasana romantik. Kalau anda ke Korea Selatan, jangan lupa singgah di Cheongsan Arboretum. Ambil gambar puas-puas.

Itulah antara tempat dan lokasi pengambaran Crash Landing On You. So, anda nak pergi ke mana dahulu? Semua tempat-tempat pengambaran ini sangat cantik. Jangan lupa share ya.

“Sometimes the wrong train takes you to the right station”

Apps Terbaik Dan Wajib Untuk Travel

Artikel kali ini penulis nak tulis mengenai apps wajib yang perlu ada dalam telefon pintar anda untuk travel. Dunia semakin maju, dan apabila anda suka travel, maka apps berikut merupakan apps wajib perlu anda install untuk memudahkan anda merancang percutian anda. Anda boleh download kesemua apps tersebut di google play dan app store.

  1. Air Asia

Apps Air Asia memudahkan anda untuk membeli dan mencari tiket murah ke destinasi pelancongan anda. Install dan anda akan menjadi ahli Big Member Air Asia. Banyak kelebihan menjadi ahli Big Member antaranya promosi awal sehari Air Asia berbanding pengguna biasa. Terdapat juga diskaun harga tiket penerbangan untuk ahli Big Member. Amacam best tak.

2. MAS

Apps Mas ini memudahkan anda membeli tiket MAS Airlines. Anda install dan sertai Enrich Member. Anda akan menerima miles jika anda membeli tiket MAS. Miles akan digunakan untuk membeli tiket penerbangan. Lebih kurang sama seperti points Air Asia. Jimat bukan.

3. Skyscanner

Skyscanner merupakan apps penting jika anda inginkan tiket penerbangan yang murah. Skyscanner merupakan enjin pencarian penerbangan. Anda boleh membandingkan tiket-tiket penerbangan di dalam apps ini. Mana yang paling murah dan yang paling mahal.

4. Bigpay

Bigpay dilancarkan oleh Tan Sri Tony Fernandes. Apps ini penting untuk anda yang sering travel menggunakan Air Asia. Install apps ini dan kad akan sampai kepada anda 3-4 hari bekerja. Jika anda membeli tiket penerbangan Air Asia menggunakan Bigpay, anda tidak perlu membayar proccesing fee. Jadi tiket akan menjadi lebih murah. Kad Bigpay sama fungsinya seperti kad debit. Boleh digunakan untuk shopping.

5. Agoda

Install apps Agoda untuk memudahkan anda menempah hotel di seluruh dunia. Apps ini sangat membantu dalam pemilihan hotel dengan harga mampu milik. Jika anda menjadi VIP untuk Agoda, anda akan menerima pelbagai diskaun menarik untuk tempahan hotel. Penulis sangat gemarkan apps Agoda.

6. Airbnb

Apps ini penting bagi anda yang inginkan penginapan seperti apartment, rumah atau kondominium. Jika anda melancong ke Jepun dan Korea, anda tidak ingin tinggal di hotel, maka anda boleh menggunakan apps Airbnb untuk mencari rumah penginapan. Anda akan berhubung terus dengan host rumah atau pemilik rumah yang anda tempah. Senang bukan.

7. Rome2rio

Apps ini sering digunakan penulis ketika di luar negara. Apps ini membantu anda untuk mengenalpasti laluan yang akan dilalui ketika di luar negara. Dalam apps ini, map akan memberikan anda info mengenai jarak menggunakan kereta, berjalan kaki atau menggunakan subway dan bas. Apps ini sangat penting supaya anda tidak tersesat ketika anda travel.

8. Google Maps

Google Maps penting jika anda travel tidak menggunakan tour guide. Dengan adanya google maps ini, anda tidak akan sesat. Namun, ada sesetengah negara seperti Korea Selatan, google maps tidak berfungsi. Ini atas faktor keselamatan negara tersebut. Jadi jika anda melancong ke Korea Selatan, anda boleh install apps Naver Map.

9. Klook

Apps ini memudahkan anda merancang itinerari anda. Dalam apps ini juga, anda boleh membeli tiket untuk taman tema. Ada pelbagai diskaun jika anda membeli tiket dalam apps Klook ini. Anda tidak tahu apa aktiviti ketika anda travel, anda boleh rujuk apps Klook ini. Ia sangat membantu.

10. Weather

Apps weather ini sangat penting. Apps ini boleh meramalkan cuaca hampir tepat. Jika anda merancang ke Korea atau Jepun, nak tahu bila turunnya snow, boleh rujuk apps weather. Memang terbaik.

11. Currency Converter

Apps ini membantu anda untuk convert mata wang asing dengan mudah. Contohnya anda nak beli souvenir dan ingin tahu berapa jumlah dalam mata wang Malaysia, boleh klik apps ini dan convert terus harga.

12. Google Translate

Dah tak perlu pening memikirkan tulisan yang kita tak tahu. Install apps google translate. Tekan butang kamera dalam apps ini dan halakan pada tulisan atau signboard bahasa Jepun contohnya, anda akan dapat terjemahan dalam bahasa melayu.

Percutian Ke Krabi 4 Hari 3 Malam Bawah RM600

Phra Nang Beach

Sememangnya Thailand, menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk bercuti dan menenangkan minda kerana terdapat banyak pulau-pulau yang cantik terutamanya di Krabi. Tambahan pula, Thailand menawarkan percutian yang sangat murah dan berbaloi. Mei tahun lepas,penulis dan isteri berkesempatan melancong ke Krabi.

Hari pertama- Seawal 4.00 pagi, penulis berangkat ke airport Miri sebab penerbangan ke KL menggunakan MAS Airlines dijadualkan pada pukul 6.00 pagi. Kira-kira 2 jam lebih penerbangan, maka sampailah di KLIA. Ambik grab dan terus menuju ke KLIA 2. Di KLIA 2, penerbangan Air Asia ke Krabi dijadualkan pada pukul 1.20 petang. Penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit.

Sampai sahaja di airport Krabi, terus beli simkad. Di dalam airport Krabi, banyak kiosk yang menjual simkad. Penulis beli simkad AIS sebab agak popular dalam kalangan pelancong. Selepas urusan pembelian simkad selesai, boleh terus ke kaunter bas. Beli tiket bas atau van. Bagitahu alamat hotel dan penginapan kat depa, depa hantaq depan pintu hotel. Kenapa tiba-tiba boleh berloghat utara ni.

Penulis menempah penginapan di hotel Harvest House. Ini tips buat anda yang ingin menempah hotel. Jangan tempah di area Krabi Town. Tapi tempahlah di area Ao Nang. Jika anda menempah hotel di Krabi Town, ia sebenar agak jauh dari pusat pelancongan di Ao Nang. Ingat tu ya.

Hotel Harvest House ni bagus lokasinya. Berhadapan dengan Bangboo Restaurant Halal. Jadi senang dapatkan makanan halal. Berjalan kaki antara 15 minit, anda akan sampai di Ao Nang Beach. Banyak mat salleh berkeliaran ya, boleh la ajak bergambar. Harga hotel untuk 4 hari 3 malam sangat murah iaitu RM230 sahaja. Berbaloi bukan. Penulis tempah di laman web Agoda.

Di sekitar hotel terdapat pelbagai jenis restoren. Banyak juga kedai 24jam seperti 7E dan Family Mart. Oh ya, jangan lupa adjust jam anda sebab waktu di Thailand lambat satu jam daripada Malaysia. Banyak juga kaunter-kaunter pelancongan di tepi jalan sepanjang di Ao Nang. Turun saja dari hotel, memang bersepah pakej-pakej pelancongan ke pulau-pulau popular di Krabi.

Kebanyakan pengusaha pelancongan di sini pandai berbahasa Melayu. Jadi jangan risau tentang bahasa perantara di sini. Lepas jalan-jalan petang tu, maka penulis menempah pakej ke 7 pulau untuk keesokan hari.

Hari kedua- Persiapan ke pulau. Anda perlulah menyediakan lotion badan, cermin mata hitam, waterproof bag dan topi. Tunggu di lobi hotel, kemudian pengusaha pelancongan yang ditempah akan mengambil kita menggunakan tuk-tuk. Sampai ke jeti, diberi taklimat keselamatan oleh tourist guide yang akan membawa kita ke pulau-pulau popular di Krabi.

Sepanjang hari tersebut, penulis dan isteri menghabiskan masa menjelajah pulau-pulau yang ditawarkan di dalam pakej. Penulis memilih pakej 7 pulau. Bermula bergerak pada pukul 2 petang, bot membawa kami ke pulau yang ditawarkan. Antaranya Chicken Island, Poda Island, Phra Nang Island, Railay Beach dan banyak lagi. Kalau anda kaki instagram, maka anda akan mendapat gambar yang sangat-sangat berbaloi kerana pemandangan di setiap pulau sangat cntik. Ada beberapa buah pulau, bot akan singgah dan anda dibenarkan snorkeling. Memang sangat cantik.

Hari semakin gelap, dapatlah penulis makan malam di pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Aktiviti terakhir sebelum pulang ke jeti adalah berenang di dalam air laut yang gelap gelita ditemani planton yang bercahaya. Memang sangat menarik.

Banyak pakej island hoping ditawarkan, Phi Phi Island juga sangat menarik untuk dikunjungi. Bergantung kepada pilihan anda.

Hari ketiga- Hari ini lebih kepada aktiviti santai. Penulis menyewa motosikal di Ao Nang dan menjelajah Ao Nang menggunakan motorsikal adalah satu pengalaman yang menarik. Harga sewa motosikal adalah 250 Baht, dalam RM 34. Jalan di sekitar Ao Nang memang agak sibuk kerana ramai pelancong menggunakan motosikal. Jadi berhati-hati menggunakan motosikal di Ao Nang. Jangan merempit ya.

Selesai berjalan-jalan menggunakan motosikal dan membeli beberapa souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia, penulis mengembalikan semula motosikal ke kedai sewa. Tak sampai sehari pun pakai. Tapi memang berbaloi dan pengalaman yang menarik. Jangan lupa makan pancake banana di Ao Nang. Memang sedap tak boleh bawa bincang.

Hari keempat- Flight balik ke KL dalam pukul 8.00 pagi. Jadi kena ada di airport Krabi sebelum pukul 6.00 pagi. Bagitahu siap-siap kat hotel yang kita akan check out awal. Pihak hotel biasanya akan menyediakan perkhidmatan van untuk menghantar ke airport. Jadi anda tak perlu susah-susah mencari transport.

Setelah 4 hari 3 malam berkelana di bumi Thailand, maka banyak pengalaman turut diraih. Next time boleh repeat lagi. Di bawah penulis sertakan kos keseluruhan tidak termasuk flight ticket ke Krabi.

Simkad- RM20

Hotel- RM 230 4 hari 3 malam

Pakej Pulau- RM 132

Sewa Skuter (Optional)-RM 34

Transportation Airport- RM60 return

Total : RM 456.00

Thai Banana Pancake
Phra Nang Beach
Railay Beach
Bye Krabi see you next time
Belanja satu lagi gambar

Ini Tips Penting Untuk Mengelakkan Anda Gagal Melepasi Imigresen Korea Selatan

Semenjak kebelakangan ini, selalu kita dengar pelancong Malaysia dihantar pulang semula ke Malaysia kerana gagal melepasi imigresen Korea di Incheon airport. Mesti sedih dan kecewa apabila cuti yang dirancang sekian lama tidak menjadi kenyataan. Korea Selatan memantau rapi pelancong dari Malaysia dan Indonesia kerana kebanyakan kes melibatkan kerja secara haram dan menetap melebihi tempoh yang ditetapkan di Korea Selatan.

Kerana mereka inilah, pelancong yang betul-betul ingin melancong ke Korea menjadi mangsa penghantaran semula ke negara asal. Kesian kan. Berikut merupakan tips penting untuk anda yang pertama kali hendak menjejakkan kaki ke Korea Selatan dan nak jumpa Lisa Blackpink.

  1. Sediakan tiket penerbangan pergi dan balik. Print tiket pergi dan balik anda. Apabila disoal oleh imigresen, anda boleh menunjukkan tiket pergi dan balik anda. Ini kerana, apabila anda gagal mengemukakan tiket penerbangan balik, anda akan ditahan oleh imigresen Korea Selatan dan dikuarantin di bilik khas sebelum dihantar balik.
  2. Sediakan salinan penempahan atau booking hotel, dan penginapan anda sepanjang di Korea. Pastikan anda tahu contact number bagi hotel atau host airbnb anda. Ini memudahkan imigresen untuk menghubungi pihak hotel atau host airbnb anda.
  3. Sediakan itinerari perjalanan anda. Pelancong Malaysia pernah ditanya mengenai itinerari oleh imigresen Korea. Oleh itu, print itinerari anda sepanjang anda berada di Korea.
  4. Pastikan anda mengisi arrival card anda dengan betul dan tepat. Jika gagal berbuat demikian, anda akan confirm dihantar balik semula. Sedih. Arrival card akan diberi sebelum mendarat di airport. Jadi, kalau salah tulis, jangan segan minta semula arrival card daripada pramugari.
  5. Pastikan wang tunai anda mencukupi untuk melancong ke Korea Selatan. Sediakan bukti kewangan anda sama ada melalui akses perbankan online. Sediakan Korean Won yang mencukupi sebelum berlepas ke Korea Selatan.
  6. Jaga penampilan anda. Penampilan anda mestilah menunjukkan anda seorang pelancong. Tidak salah anda bergaya sebab anda memang pergi untuk melancong. Berpakaian kemas dan cantik dan peratusan anda untuk tidak disoal sangat tinggi. Berfesyen la seperti G-Dragon atau Jennie.
  7. Ketika berbaris untuk cop passport di imigresen, pastikan anda mengikut semua arahan yang ditetapkan. Buka topi atau cap, jangan menggunakan cermin mata gelap dan jangan berbuat bising. Lupa, jangan ambil gambar ketika berada di kaunter imigresen. Dilarang sama sekali ya.
  8. Jika anda ada masalah cap jari, atau kulit jari anda sensitif sehingga sukar untuk di scan, anda disarankan membuat surat untuk kerosakan cap jari. Pergi ke JPN sebelum ke Korea. JPN akan buat surat untuk anda.
  9. Yakin! Ini penting kalau anda disoal oleh pihak imigresen, anda kena jawab dengan yakin dan tenang. Walaupun dalam hati berdebar-debar, kena pandai control perasaan gementar tu. Be confident!
  10. Doa! Ini yang paling penting. Berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan semua urusan ketika di imigresen dan melancong.

Penulis pergi ke Korea pada bulan Disember 2019. Flight dari Kota Kinabalu ke Incheon. Semuanya berjalan dengan lancar. Imigresen memang tak soal langsung. Tapi penulis sentiasa berpegang kepada tips-tips di atas. Jangan lupa share ya!

Dapatlah merasa Banana Uyu yang famous di Korea

Mentawai Camp, Taman Negara Mulu

Pemandangan lereng Gunung Buda berhampiran Mentawai Station

Limbang terletak di utara negeri Sarawak berhampiran dengan negara Brunei Darussalam dan bersempadan dengan negeri Sabah. Ramai sebenarnya tak tahu, bahagian Limbang menawarkan anda destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Untuk artikel kali ini, penulis membawa anda ke ulu Limbang dimana terletaknya Mentawai Ranger Station yang merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Mulu jika anda melalui Limbang. Ramai pelancong dari luar negara, akan memilih Limbang untuk masuk ke Taman Negara Mulu kerana inginkan pengalaman yang berlainan.

Selalunya, pelancong akan menaiki flight terus dari airport Miri ke Mulu. Namun, jika pelancong memilih ke Mulu melalui Limbang, perjalanan mereka akan lebih mencabar dan penuh kepuasan.

Pemandangan memukau Gunung Buda

Bagi yang belum pernah sampai ke sini, ini adalah panduan bersama untuk anda yang bercadang ingin meneroka alam sekitar di ulu Limbang.

Untuk sampai ke Mentawai Camp ini, anda perlu memandu selama 1 jam 30 minit lebih kurang untuk sampai ke Kampung Kuala Mendalam. Kampung Kuala Mendalam ini merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong luar untuk bermalam. Kampung Kuala Mendalam ini merupakan rumah panjang yang menyediakan perkhidmatan homestay.

Pemandangan luar rumah panjang Kampung Kuala Mendalam
Ini pula salah sebuah bilik di dalam rumah panjang Kuala Mendalam. Fuhhh..power.
Pemandangan ‘ruai’ rumah panjang Kuala Mendalam

Jika anda berminat untuk bermalam di homestay rumah panjang Kuala Mendalam ini, anda boleh melawati homepage facebook Kampung Kuala Mendalam di link ini https://www.facebook.com/HomestayKgkualaMedalam.

Ok berbalik kepada tajuk utama artikel kita, dari Kampung Kuala Mendalam, perjalanan akan diteruskan menggunakan perahu panjang ke Mentawai Camp. Kecepatan untuk sampai ke Mentawai Camp ini adalah bergantung kepada sungai. Jika sungai airnya besar, maka lebih cepat sampai. Namun, jika sungai cetek disebabkan musim kemarau, perjalanan akan mengambil masa sehingga 4 jam. Ini kerana di kawasan sungai yang cetek, penumpang akan turun dari perahu dan bersama-sama menolak perahu. Amacam? Adventure bukan.

Sampai di Mentawai Camp, kita perlu melaporkan diri kepada pegawai Ranger yang bertugas. Ini kerana kita telah memasuki Taman Negara. Setelah melapor diri kepada Ranger yang bertugas, kita bolehlah mendaftar di hostel yang disediakan di Mentawai Camp ini. Bolehlah angkat beg ke bilik masing-masing.

Suasana hutan yang cukup menenangkan diiringi dengan bunyi sungai berbatu yang mengalir membuatkan kita mensyukuri ciptaan Tuhan.

Mendaftar di pejabat Ranger

Mentawai Camp ini merupakan pintu masuk untuk ke Taman Negara Mulu jika anda melalui Limbang. Jika anda ingin ke Mulu, dari Mentawai, anda akan terus menaiki perahu sehingga sampai ke jeti Kuala Terikan. Dari jeti Kuala Terikan, anda akan berjalan kaki selama 4-5 jam melalui Headhunter’s Trail. Laluan ini digelar Headhunter’s trail kerana dahulu ini merupakan laluan suku kaum Kayan untuk memburu kepala di Sungai Melinau berhampiran Mulu. Juga disediakan tempat berehat kalau anda letih berjalan, antaranya adalah Lubang Cina Shelter.

Selepas itu, anda akan sampai di Camp 5. Camp 5 menyediakan tempat bermalam bagi anda yang ingin bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Mulu. Perjalanan anda ke Camp 5 akan disajikan dengan pemandangan hutan hujan yang sangat memukau. Bunyi hutan dan burung-burung akan menemani anda sepanjang perjalanan anda melalui Headhunter’s Trail ke Camp 5.

Jangan terkejut jika anda terserempak dengan haiwan-haiwan liar seperti rusa, pelanduk, ular, serangga-serangga kecil, burung kenyalang, babi hutan dan bermacam-macam lagi jenis haiwan sepanjang anda berada di sini. Tumbuhan liar juga sangat banyak ada diantaranya merupakan spesies yang dilindungi seperti orkid hutan dan periuk kera (pitcher plant).

Pemandangan waktu pagi di kem Mentawai. Menenangkan jiwa.
Pengalaman penulis di sungai Mentawai.
Periuk kera yang terdapat di Taman Negara Gunung Buda
Dapat dengar bunyi air sungai tak?
Pemandangan sungai di hadapan Kem Mentawai

So, jika anda inginkan percutian yang mencabar, datanglah ke Limbang dan melawat Mentawai Camp. Dari Mentawai, anda boleh meneruskan perjalan ke gunung dan gua Mulu, gunung dan gua Buda, menikmati pemandangan hutan hujan, melalui denai Headhunter’s dan apa yang menarik adalah, pengalaman yang anda tidak akan dapati di tempat lain. Mari cuti-cuti Sarawak.

Mahua Waterfall Tambunan

Jika anda inginkan short escape daripada kesibukan bandar Kota Kinabalu, anda bolehlah pergi ke air terjun Mahua. Terletak di Tambunan lebih kurang 75km daripada Kota Kinabalu, anda boleh menghabiskan masa bersama keluarga di kawasan air terjun ini.

Hanya 26km sahaja daripada pekan Tambunan, air terjun Mahua setinggi 17 meter mengalir membawa air dari pergunungan. Air yang sangat jernih dan pemandangan air terjun yang sangat cantik pasti membuatkan anda terpukau.

Dibuka pada bulan Jun 2003, air terjun Mahua merupakan destinasi popular di negeri Sabah. Pemandangan hutan banjaran Crocker juga sangat cantik dan pasti membuatkan anda ingin datang lagi.

Banyak tumbuhan dan bunga-bunga hutan yang liar anda akan dapati di kawasan air terjun Mahua ini. Bagi anda pencinta hutan dan alam sekitar, pastikan anda melawat air terjun Mahua ini ya.

Tumbuhan liar di kawasan air terjun Mahua

Siniawan Night Market Satu Kemestian

Jika anda berkunjung ke Kuching, jangan lupa singgah di Siniawan. Terletak lebih kurang 25km daripada bandaraya Kuching. Siniawan merupakan pekan kecil dan diberi gelaran “cowboy town” oleh masyarakat tempatan.

Namun apa yang menarik di Siniawan ini adalah pasar malam nya pada hujung minggu. Siniawan memang sinonim dengan night market. Selain night market, Siniawan juga menjadi host bagi “Country Music Festival”.

Apa yang menarik lagi, anda boleh mendapatkan makanan cina dan lokal di sini. Antaranya kolo mee, sate, pau, char kuew dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang anda untuk singgah di Siniawan.

Malam di Siniawan sangat cantik kerana dihiasi dengan lampu tanglung merah. Sangat-sangat cantik dan indah. So, hujung minggu ni jangan lupa pergi siniawan ya. Anda boleh menonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Siniawan Night Market.

Tips Untuk Anda Yang Pertama Kali Melancong Ke Luar Negara

Korea Selatan, Jepun, England, Turki, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Anda nak ke mana? Jika anda merancang untuk bercuti di luar negara, tetapi anda tidak pernah ke luar negara, artikel ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan anda.

Pengalaman penulis di Seoul

Berikut adalah tips-tips yang sangat membantu anda

  1. Kaji dahulu tempat-tempat yang ingin anda lawati. Banyak blog-blog ataupun video di youtube yang dapat anda jadikan sebagai rujukan. Printkan di kertas atau save di handphone perancangan tempat-tempat yang ingin dilawati.
  2. Tempah tiket penerbangan anda seawal 6 bulan atau lebih awal lagi. Namun begitu, kadang-kadang terdapat juga promosi last minute daripada air.asia.com . Tetapi paling selamat, anda tempahlah tiket awal ya. Anda boleh menggunakan laman web www.skyscanner.com.my untuk carian tiket kapal terbang yang termurah.
  3. Tempah penginapan 6 bulan lebih awal. Ini penting untuk mengelakkan anda tiada tempat tinggal di waktu puncak. Zaman teknologi sekarang anda boleh menggunakan pelbagai laman web dan apps untuk menempah penginapan. Antaranya adalah www.agoda.com, airbnb, booking.com dan banyak lagi.
  4. Sebelum menempah tiket penerbangan, anda dikehendaki untuk melihat tarikh cuti awam, cuti perayaan atau cuti kemerdekaan di negara yang ingin anda pergi. Negara seperti Korea akan menutup kebanyakan kedai dan taman tema pada perayaan tahun baru cina. Rugi tahu kalau semua kedai tutup. Tak dapat nak shopping.
  5. Cetak E-tiket penerbangan anda jika membeli online dan dan savekan juga di dalam phone anda.
  6. Sediakan itinerari sebelum ke luar negara. Ini dapat melancarkan perjalanan kerana kita tahu destinasi yang hendak dituju. Bagi anda yang travel menggunakan agent, anda tidak perlu risau kerana agent anda akan mengatur segalanya di luar negara. Pastikan travel agent anda sangat-sangat dipercayai kerana zaman sekarang banyak scammer.
  7. Perbaharui passport anda di pejabat imigresen sekiranya tempoh sah passport akan tamat dalam tempoh 6 bulan.
  8. Aktifkan kad debit dengan bank anda sebelum bercuti. Kita hanya perlu call bank untuk menyatakan tarikh kita pergi dan balik. Pihak bank akan aktifkan kad debit kita berdasarkan tarikh yang kita beri.
  9. Ambil nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang kita ingin pergi. Ini untuk memudahkan urusan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di luar negara.
  10. Jangan lupa beli Universal Plug. Ini kerana lain negara, lain soket suis nya. Boleh beli di kedai-kedai travel atau di airport.
  11. Jika anda membawa ubat-ubatan, jangan lupa minta surat daripada doktor anda. Ini untuk memudahkan anda berurusan dengan pihak imigresen andai kata anda ditanya mengenai ubat anda.
  12. Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam awal. Ini bagi memudahkan urusan daftar masuk ke balai pelepas. Andai kata anda lambat, anda mungkin terlepas penerbangan anda. Ini akan merugikan anda.
  13. Gunakan simkad di negara yang kita lawati kerana ya jauh lebih murah dari roaming. Boleh beli simkad selepas kita mendarat di lapangan terbang. Banyak kaunter dan kiosk telekomunikasi di dalam airport.
  14. Beli travel insurans. Boleh beli di bank-bank yang menyediakan travel insurans. Ini penting untuk melindungi anda ketika melancong ke luar negara.
  15. Jadilah pelancong yang mengembara. Kenali negara luar dengan niat ingin mempelajari budaya sesuatu masyarakat. Belajar sesuatu yang baik daripada negara luar, ini untuk membolehkan kita menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Seoul
Di Krabi, Thailand
Basikal untuk disewa. New Taipei City, Taiwan
Chiang Kai Shek Memorial Hall, Taiwan

Tip Of Borneo Tanjung Simpang Mengayau

Percutian anda ke negeri Sabah tidak akan lengkap seandainya anda tidak mengunjungi “landmark” kepulauan Borneo ini iaitu Tanjung Simpang Mengayau yang terletak di Kudat. Perjalanan menggunakan kereta mengambil masa 3 jam daripada Kota Kinabalu. Nama The Tip Of Borneo diberikan kerana lokasi ini merupakan titik paling utara kepulauan Borneo. Tanjung Simpang Mengayau juga merupakan titik pertemuan Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Menarik bukan?

Tidak rugi jika anda menjejakkan kaki ke sini kerana Tanjung Simpang Mengayau menawarkan anda pemandangan yang sangat cantik. Dengan pasir putih dan laut kebiruan, amat sesuai untuk anda yang mengidamkan percutian yang jauh dari kesibukan kota.

Pemandangan pantai yang sangat cantik. Sesuai untuk modal instagram anda

Jika anda sampai ke sini, jangan terburu-buru hendak balik kerana pemandangan sunset disini sangat menakjubkan. Jika anda merancang untuk bermalam pun tiada masalah kerana ada banyak homestay yang disediakan berhampiran Tanjung Simpang Mengayau. Bolehlah barbeque tepi pantai malam-malam kan dengan ditemani bunyi ombak laut dan tiupan angin bayu.

Antara signboard yang terdapat di Tip Of Borneo. Destinasi seterusnya kemana?
Di sebelah kiri Laut Cina Selatan, sebelah kanan pula Laut Sulu

Jadi jika anda melancong ke Sabah, jangan lupa masukkan The Tip Of Borneo ke dalam list wajib pergi anda ya. Sangat berbaloi dengan pemandangan yang sangat menakjubkan.

Tips dan Persediaan Bercuti di Korea Pada Musim Sejuk

Rakyat Malaysia antara yang teramai melancong ke Korea. Penangan K drama dan Kpop memang memberi impak dan dorongan untuk rakyat Malaysia melancong ke Korea. Rakyat Malaysia ramai yang melancong ke Korea pada musim sejuk dengan harapan akan melihat sendiri snowfall dan merasa sendiri musim sejuk di Korea. Tidak kurang juga yang nak jumpa Jenny Blackpink.

Gyeongbokgung Palace

Musim sejuk di Korea akan bermula pada bulan November dan akan berakhir pada bulan Mac. Di Korea, musim sejuk mempunyai siang yang pendek dan malam yang panjang. Musim sejuk di Korea boleh mencecah sehingga -20 darjah celcius. Orang Korea sendiri mengatakan mereka tidak suka pada musim sejuk. Jadi ini tips untuk anda yang ingin melancong ke Korea pada musim sejuk.

  1. Sudah semestinya pakaian winter. Jaket winter boleh didapati di Uniqlo berhampiran anda atau boleh tempah di website Uniqlo www.uniqlo.com/my . Selain itu, anda boleh mendapatkan jaket winter di bundle-bundle di tempat anda. Di Korea, ramai yang memakai jaket winter jenis “long padding jaket”. Jaket ini lebih panjang daripada jaket winter yang biasa. Panjang jaket ini sampai ke lutut anda. Jadi bagi anda yang tidak tahan sejuk, jaket ini sangat sesuai dengan anda.
  2. Baju Heattech Extra Warm. Baju ini boleh dibeli di Uniqlo. Baju ini sangat selesa dan sangat membantu melawan kesejukan. Lazimnya pakaian akan dipakai sebanyak 4 hingga 5 lapisan apabila musim sejuk. Bergantung pada tahap ketahanan anda.
  3. Sarung tangan. Ini penting bagi memastikan tangan kita sentiasa panas. Jika terlampau terdedah kepada cuaca sejuk, tangan kita akan menjadi kebas. Boleh beli di shopee. Tekan je link sebelah ni. https://shopee.com.my/.
  4. Stokin. Penting untuk melindungi kaki daripada kebas. Boleh sediakan dalam 5 hingga 6 pasang stokin kerana musim sejuk stokin akan cepat basah dan berbau. Takkan nak oppa hidu bau stokin kita kan.
  5. Muffler. Ini untuk melindungi hidung, muka dan leher daripada serangan cuaca sejuk.
  6. Penutup muka. Kalau tidak ada muffler, boleh gunakan penutup muka untuk melindungi hidung dan muka terkena angin sejuk. Ini penting tahu untuk keselesaan bernafas di cuaca sejuk.
  7. Lip Balm. Tahu tak kenapa bibir lelaki Korea merah-merah? Kerana mereka menggunakan lip balm untuk mengatasi bibir kering dan merekah. Bukan suka-suka pakai sebab nak melaram. Jadi sediakan lip balm untuk mulut anda.
  8. Hot pack. Sangat membantu untuk memanaskan tangan. Boleh didapati di kedai-kedai 24 jam di Korea. Kadang-kadang anda akan dapati orang Korea memberi hot pack secara percuma di tepi-tepi jalan. Letak dalam poket dan ia akan memanaskan tangan anda.
  9. Snowcap atau beanies. Boleh beli di Malaysia. Penting untuk melindungi kepala anda daripada kesejukan.
  10. Winter Boot. Apabila salji turun, permukaan jalan akan licin. Jadi penting bagi anda membeli winter boot. Dengan cengkaman yang kuat, anda tidak akan merasa licin jika berjalan dalam keadaan jalan yang dipenuhi salji.
  11. Penutup telinga. Untuk melindungi telinga daripada menjadi terlalu sejuk.
Contoh pemakaian semasa winter di Korea. Ni di Nami Island.
Dia punya sejuk memang tak boleh bawa bincang langsung. Air pun membeku.
Melompat untuk menghilangkan kesejukan

Apapun pemilihan pakaian adalah bergantung pada diri kita sendiri. Bagaimana tahap ketahanan badan kita dalam menghadapi cuaca sejuk. Jangan salah pilih pakaian ya, nanti diri sendiri merana akibat kesejukan yang tidak dapat ditahan. Diharap pengalaman penulis dapat menjadi panduan bagi anda yang ingin melancong ke Korea musim sejuk nanti. Belanja lagi satu gambar di bawah.

Menggunakan Hanbok pada musim sejuk memang mencabar

Jangan lupa untuk menempah penginapan anda lebih awal. Ini kerana pelancong sangat ramai ke Korea pada musim sejuk. Maklumlah nak main snow kan. Boleh tempah penginapan anda di laman-laman web hotel dan homestay. Antaranya agoda.com dan airbnb.com . Enjoy!

Design a site like this with WordPress.com
Get started